Skip to main content

BAB 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU


RUMUSAN :

Disiplin didefinisikan sebagai Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik. Sementara itu, menurut Foucault (1977) disiplin juga bermaksud suatu bentuk pengawasan dan membiasakan amalan-amalan yang dikehendaki. Manakala, menurut Abdullah Sani (2005) disiplin merupakan satu persetujuan yang dipersetujui bersama oleh warga sekolah dalam mengawal disiplin dan tingkah laku manusia yang berada di dalamnya.

Jenis tingkah laku dibahagikan kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkh laku ini mereka akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala tingkah laku negatif merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Mereka ini kebiasaannya suka menganggu rakan lain dan sering memberontak dalam kelas.

Kesimpulannya, bidang pendidikan merupakan antara bidang yang penting dalam sesebuah negara. Pembangunan pendidikan tidak dapat lari daripada pembangunan murid itu sendiri kerana murid atau murid merupakan subjekkepada pendidikan itu. Dalam hal ini, murid perlu dikawal selia bagi memastikan sahsiah diri mereka tetap dijaga apabila mereka meningkat dewasa. Atas dasar ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan garis panduan dalam pelbagai bentuk untuk menangani masalah disiplin murid. Oleh kerana itu hal ehwal disiplin mestilah diambil berat oleh pihak sekolah.

https://www.scribd.com/presentation/396295392/K01459-20181023144459-KAPS3014-9-PENGURUSAN-DISIPLIN

Comments

Popular posts from this blog

BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

RUMUSAN: Mengikut Ottoway (1964) di dalam buku yang ditulis oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1985), Sosiologi Pendidikan , sosiologi adalah satu bidang sains kemasyarakatan. Sosiologi pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat .Dalam erti kata lain sosiologi pendidikan melihat kepada pendidikan dari perspektif sosiologi.  Sosiologi ialah sains kemasyarakatan yang termuda. Sosiologi  asal perkataan Latin sosio bermaksud berkongsi. Sosiologi digunakan oleh Auguste Comte di Perancis di dalam karya bertajuk Positive Philosophy (Falsafah Positif) 1842. Auguste Comte berpendapat bahawa sains kemasyarakatan harus berdasarkan autotiti serta spekulasi. Pada tahun 1876, Herbert Spencer di England menerbitkan karya Principles of Sociology ( Prinsip-Prinsip Sosiologi). Karya Herbert Spencer menggunakan teori evolusi kemasyarakatan yang kini sudah tidak diterima lagi. Namun begitu, Herbert Spencer ...

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

RUMUSAN : Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan.  Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal dan mewujudkan komunikasi dan interaksi dikalangan pelajar dan guru. Pengurusan bilik darjah juga boleh didefinisikan sebagai set tingkahlaku yang kompleks yang digunakan oleh guru untuk menetapkan, dan memastikan keadaan- keadaan bilik darjah dapat membawa ke pencapaian objektif pengajaran yang berkesan. Menurut Lee Shok Mee (1995), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran. Unsur kebendaan merupakan segala alatan dan kelengkapan yang ada di dalam bilik darjah. Pengurusan dalam aspek ini melibatkan penyusunan kerusi, meja, alatan, ruang pembelajaran, buku dan hiasan dalam bilik darjah...

BAB 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

RUMUSAN : Definisi pengurusan tingkah laku dan disiplin, “Nasihat yang diberikan merupakan kaedah menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Kaedah ini merupakan satu cara yang mudah untuk mengelakkan diri daripada memahami, memeriksa, dan menjelajah masalah yang dihadapi” (Zuraidah, 1994). Manakala menurut Othman Mohamed (2000) pula, bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. K ompenen pengurusan penasihatan murid terbahagi kepada tiga iaitu b imbingan , p enasihatan dan m entoring. Konsep bimbingan ialah bantuan sese orang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu dari setiap peringkat usia. Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri (Crow & Crow 1960). Satu proses menolong individu...