Skip to main content

BAB 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA


RUMUSAN :

Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan khas yang dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Kajian mengenai pengurusan murid pelbagai upaya ini memfokuskan kepada empat topik perbincangan iaitu pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas. Program pemulihan dan pengayaan diwujudkan atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk memastikan murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran mampu untuk belajar sekiranya guru-guru menggunakan kaedah pembelajaran yang sewajarnya. Manakala pelbagai kecerdasan  ialah teori yang diperkenalkan oleh seorang tokoh barat iaitu Howard Gardner. Teori ini membincangkan tentang pelbagai keupayaan yang dimiliki oleh murid yang mempunyai kecerdasan dan kepintaran luar biasa.

Terdapat empat aspek yang dibincangkan dalan pegurusan pelbagai upaya iaitu pemulihan, penggayaan, kecerdasan pelbagai dan berkeperluan khas. Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. Peranan guru  dalam pelaksanaan pemulihan adalah dengan mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan, menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan, menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran, menyediakan bahan pembelajaran dalam sesi pemulihan, menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Secara ringkasnya, pemulihan merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif yang digunakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah di dalam kelas.

Pengayaan iaitu sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar  yang memberi peluang kepada pelajar mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka. Dalam melaksanakan program pengayaan ini, beberapa prinsip perlu diberi perhatian. Antaranya ialah memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental, membuat kerja sendiri dan hasilan kerja, menggunakan daya usaha sendiri, memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial, menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah diubah serta melibatkan pembacaan yang luas. Selain itu, bahan bantu belajar yang sering digunakan untuk aktiviti pengayaan seperti kad-kad bacaan tambahan, lembaran kerja, permainan dan rekreasi, dan alat-alat teknologi yang lain haruslah mengandungi penerangan dan penjelasan yang jelas supaya mudah difahami oleh murid.  

Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif. Menurutnya lagi manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan yang merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud secara semulajadi.  Jenis kecerdasan yang dikenal pasti adalah visual-linguistik, logik-matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Gardner menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantungan. Dalam konteks pendidikan guru memainkan peranan penting untuk merancang  aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner.

Pelajar berkeperluan khas didefinisikan sebagai kanak-kanak yang dianggap berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal atau mental.  Program yang ditawarkan kepada pelajar berkeperluan khas adalah program inklusif iaitu pelajar berkeperluan khas belajar bersama murid normal di dalam bilik darjah dan sekolah yang sama untuk menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal tanpa mengira status. Kanak-kanak ini mungkin memerlukan perkhidmatan tertentu yang lain namun mereka akan mengikuti kurikulum seperti kanak-kanak lain.  Ia melibatkan tanggungjawab bersama antara guru biasa dan guru pendidikan khas. Pendidikan inklusif memberi peluang kanak-kanak berkeperluan khas untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain.


https://www.scribd.com/presentation/396295386/K01459-20181115094937-KPS3014-Bab-12-Pengurusan-Pelbagai-Upaya

Comments

Popular posts from this blog

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

RUMUSAN : Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan.  Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal dan mewujudkan komunikasi dan interaksi dikalangan pelajar dan guru. Pengurusan bilik darjah juga boleh didefinisikan sebagai set tingkahlaku yang kompleks yang digunakan oleh guru untuk menetapkan, dan memastikan keadaan- keadaan bilik darjah dapat membawa ke pencapaian objektif pengajaran yang berkesan. Menurut Lee Shok Mee (1995), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran. Unsur kebendaan merupakan segala alatan dan kelengkapan yang ada di dalam bilik darjah. Pengurusan dalam aspek ini melibatkan penyusunan kerusi, meja, alatan, ruang pembelajaran, buku dan hiasan dalam bilik darjah...

BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

RUMUSAN: Mengikut Ottoway (1964) di dalam buku yang ditulis oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1985), Sosiologi Pendidikan , sosiologi adalah satu bidang sains kemasyarakatan. Sosiologi pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat .Dalam erti kata lain sosiologi pendidikan melihat kepada pendidikan dari perspektif sosiologi.  Sosiologi ialah sains kemasyarakatan yang termuda. Sosiologi  asal perkataan Latin sosio bermaksud berkongsi. Sosiologi digunakan oleh Auguste Comte di Perancis di dalam karya bertajuk Positive Philosophy (Falsafah Positif) 1842. Auguste Comte berpendapat bahawa sains kemasyarakatan harus berdasarkan autotiti serta spekulasi. Pada tahun 1876, Herbert Spencer di England menerbitkan karya Principles of Sociology ( Prinsip-Prinsip Sosiologi). Karya Herbert Spencer menggunakan teori evolusi kemasyarakatan yang kini sudah tidak diterima lagi. Namun begitu, Herbert Spencer ...