Skip to main content

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH


RUMUSAN :

Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan. Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal dan mewujudkan komunikasi dan interaksi dikalangan pelajar dan guru.

Pengurusan bilik darjah juga boleh didefinisikan sebagai set tingkahlaku yang kompleks yang digunakan oleh guru untuk menetapkan, dan memastikan keadaan- keadaan bilik darjah dapat membawa ke pencapaian objektif pengajaran yang berkesan.

Menurut Lee Shok Mee (1995), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran.

Unsur kebendaan merupakan segala alatan dan kelengkapan yang ada di dalam bilik darjah. Pengurusan dalam aspek ini melibatkan penyusunan kerusi, meja, alatan, ruang pembelajaran, buku dan hiasan dalam bilik darjah. Susunan kemudahan fizikal yang menarik dapat mendorong murid terhadap pembelajaran.

Seorang guru yang bertindak sebagai pengurus bilik darjah akan berusaha mempertingkatkan serta melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengurusan yang berguna, kemahiran mengurus bilik darjah, dan strategi mengurus bilik darjah. Oleh itu, guru mestilah menggunakan setiap tahap pengurusan bilik darjah yang dirasakan sesuai sebagai usaha untuk menjadikan murid seronok berada di dalam bilik darjah dan berjaya menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Minat murid terhadap sesuatu pembelajaran berasaskan strategi mengurus bilik darjah yang terancang dan menarik. Selain daripada seorang pendidik , juga bertanggungjawab sebagai fasilitator di dalam bilik darjah agar mampu membimbing pelajar dengan menggunakan teknik komunikasi yang berkesan dengan cara melakukan aktiviti berkumpulan, aktiviti pengajaran individu, pusat pembelajaran, pencarian bahan maklumat dan sebagainya. 


Comments

Popular posts from this blog

BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

RUMUSAN: Mengikut Ottoway (1964) di dalam buku yang ditulis oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1985), Sosiologi Pendidikan , sosiologi adalah satu bidang sains kemasyarakatan. Sosiologi pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat .Dalam erti kata lain sosiologi pendidikan melihat kepada pendidikan dari perspektif sosiologi.  Sosiologi ialah sains kemasyarakatan yang termuda. Sosiologi  asal perkataan Latin sosio bermaksud berkongsi. Sosiologi digunakan oleh Auguste Comte di Perancis di dalam karya bertajuk Positive Philosophy (Falsafah Positif) 1842. Auguste Comte berpendapat bahawa sains kemasyarakatan harus berdasarkan autotiti serta spekulasi. Pada tahun 1876, Herbert Spencer di England menerbitkan karya Principles of Sociology ( Prinsip-Prinsip Sosiologi). Karya Herbert Spencer menggunakan teori evolusi kemasyarakatan yang kini sudah tidak diterima lagi. Namun begitu, Herbert Spencer ...

BAB 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

RUMUSAN : Definisi pengurusan tingkah laku dan disiplin, “Nasihat yang diberikan merupakan kaedah menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Kaedah ini merupakan satu cara yang mudah untuk mengelakkan diri daripada memahami, memeriksa, dan menjelajah masalah yang dihadapi” (Zuraidah, 1994). Manakala menurut Othman Mohamed (2000) pula, bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. K ompenen pengurusan penasihatan murid terbahagi kepada tiga iaitu b imbingan , p enasihatan dan m entoring. Konsep bimbingan ialah bantuan sese orang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu dari setiap peringkat usia. Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri (Crow & Crow 1960). Satu proses menolong individu...