Skip to main content

BAB 8 : STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN

RUMUSAN :

Antara elemen penting dalam pengurusan bilik darjah adalah pengurusan bilik darjah.Dalam menjalankan rutin di bilik darjah, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru iaitu,membuat pemeriksaan tentang keadaan fizikal bilik darjah,rutin bilik darjah perlu dilakukan pada waktu yang telah ditetapkan,semua bahan pelajaran yang diperlukan dalam bilik darjah mesti disediakan, disusun dengan betul dan mudah didapati.Jika memerlukan bantuan guru boleh mendapatkan bantuan daripada pelajarnya.Guru juga perlu memilih rutin yang paling sesuai dan merancang sesuatu rutin itu dengan sempurna dan bersistem. 

Konsep interaksi ialah satu proses saling bertindak yang berlaku di antara sekurang-kurangnya dua pihak. Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia. Jenis interaksi bercorak lisan ialah interaksi sehala atau tradisional, interaksi dua hala antara guru dan murid, interaksi dua hala antara murid dan murid dan interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid.

Secara kesimpulannya, strategi pengurusan bilik darjah adalah berkait rapat dengan tiga aspek penting seperti unsur fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah. Selain itu juga, peranan daripada guru adalah penting  bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat dan isi pembelajaran yang ingin disampaikan

Comments

Popular posts from this blog

BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

RUMUSAN: Mengikut Ottoway (1964) di dalam buku yang ditulis oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1985), Sosiologi Pendidikan , sosiologi adalah satu bidang sains kemasyarakatan. Sosiologi pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat .Dalam erti kata lain sosiologi pendidikan melihat kepada pendidikan dari perspektif sosiologi.  Sosiologi ialah sains kemasyarakatan yang termuda. Sosiologi  asal perkataan Latin sosio bermaksud berkongsi. Sosiologi digunakan oleh Auguste Comte di Perancis di dalam karya bertajuk Positive Philosophy (Falsafah Positif) 1842. Auguste Comte berpendapat bahawa sains kemasyarakatan harus berdasarkan autotiti serta spekulasi. Pada tahun 1876, Herbert Spencer di England menerbitkan karya Principles of Sociology ( Prinsip-Prinsip Sosiologi). Karya Herbert Spencer menggunakan teori evolusi kemasyarakatan yang kini sudah tidak diterima lagi. Namun begitu, Herbert Spencer ...

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

RUMUSAN : Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan.  Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal dan mewujudkan komunikasi dan interaksi dikalangan pelajar dan guru. Pengurusan bilik darjah juga boleh didefinisikan sebagai set tingkahlaku yang kompleks yang digunakan oleh guru untuk menetapkan, dan memastikan keadaan- keadaan bilik darjah dapat membawa ke pencapaian objektif pengajaran yang berkesan. Menurut Lee Shok Mee (1995), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran. Unsur kebendaan merupakan segala alatan dan kelengkapan yang ada di dalam bilik darjah. Pengurusan dalam aspek ini melibatkan penyusunan kerusi, meja, alatan, ruang pembelajaran, buku dan hiasan dalam bilik darjah...

BAB 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

RUMUSAN : Definisi pengurusan tingkah laku dan disiplin, “Nasihat yang diberikan merupakan kaedah menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Kaedah ini merupakan satu cara yang mudah untuk mengelakkan diri daripada memahami, memeriksa, dan menjelajah masalah yang dihadapi” (Zuraidah, 1994). Manakala menurut Othman Mohamed (2000) pula, bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. K ompenen pengurusan penasihatan murid terbahagi kepada tiga iaitu b imbingan , p enasihatan dan m entoring. Konsep bimbingan ialah bantuan sese orang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu dari setiap peringkat usia. Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri (Crow & Crow 1960). Satu proses menolong individu...