RUMUSAN :
Pengurusan
sumber memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai tujuan ataupun
matlamat. Pengurusan sumber yang cekap dan berkesan akan menghasikan individu
yang berkualiti, produktif dan seterusnya meminimumkan masalah yang berkaitan
dengan sumber masalah ini termasuklah ketidakhadiran, ketidakpuasan kerja,
pusing ganti pekerja dan sebagainya.
OIeh itu
pengurusan sumber memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan sumber
organisasi berjalan lancar dan berdaya saing untuk mencapai matlamat tersebut.
Pengurus dan juga setiap pekerja perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan
pengurusan sumber.
Pengurusan
Sumber bermaksud satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber
yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan. Dessler
(1997), telah mentakrifkan konsep ini sebagai suatu bentuk hubungan pengurusan
sumber manusia dengan matlamat dan objektif organisasi yang strategik. Konsep
ini lebih memberikan tumpuan terhadap kaedah atau cara sesebuah organisasi
mengurus dan mentadbir sumber manusia.
Ciri-ciri pembelajaran
berasaskan sumber merupakan aktiviti pembelajaran yang memberi penekanan kepada
sumber pendidikan.PBS berhasrat untuk melibatkan pelajar belajar secara aktif
dengan menyajikan berbagai pendekatan tentang bahan pembelajaran, kaedah kerja
dan saluran komunikasi, motivasi belajar akan dapat ditingkatkan.PBS memberi
peluang kepada pelajar belajar mengikut keupayaan dan lebih fleksibel dalam
penggunaan waktu dan ruang belajar.Selain itu,PBS boleh mengembangkan sikap
yakin kepada diri sendiri dan melatih kemahiran belajar sepanjang hayat.
Comments
Post a Comment