Skip to main content

BAB 5 : PENGURUSAN MURID


RUMUSAN :
Pengurusan murid ini melibatkan aktiviti perancangan, pentaksiran, pengelolaan, pentadbiran dan juga pengawalan serta pemulihan terhadap murid. Perancangan ini merupakan aspek yang paling penting kerana ianya akan menentukan objektif dan matlamat yang hendak dicapai sekaligus menetapkan kaedah-kaedah yang sesuai digunakan. Pentaksiran pula melibatkan pengamatan dan memerhati perkara-perkara yang hendak dipertimbangkan dalam pelbagai aspek pengurusan murid. Pengelolaan pula merujuk kepada pelaksanaan dan pembentukan prosedur dalam pengurusan pembelajaran. Pentadbiran biasanya berkaitan dengan kepimpinan, motivasi, penyeliaan dan penyelarasan terhadap kaedah dan perancangan yang telah dibuat dan biasanya pemulihan dan pengawalan akan dibuat untuk memperbaiki rancangan yang telah dibuat.      
    
Pengurusan murid mempunyai beberapa elemen penting yang menentukan objektif yang telah dibuat tercapai. Antara contohnya ialah pengurusan rekod murid, kesediaan belajar murid dan memotivasikan murid. Setiap elemen tersebut mempunyai peranan penting dan tidak boleh dibuat tanpa perancangan yang baik dan rapi. Oleh itu, semua pihak yang terlibat perlu melakukan tugas mereka dengan sehabis baik untuk mencapai negara maju pada masa akan datang.

Mengurus rekod murid ini merupakan salah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh guru. Pengurusan rekod murid dikaitkan dengan aktiviti mencatat bidang pengurusan yang bertanggungjawab untuk menjaga, bersistematik mengawal penciptaan, penerimaan, penggunaan dan ciri rekod termasuklah proses menjaga dan memelihara bukti dan maklumat murid ke dalam bentuk rekod. Terdapat beberapa perkara yang harus dipertimbangkan semasa menghasilkan rekod iaitu tujuan, aspek, perincian dan juga pertimbangan yang praktikal. Rekod murid yang dibuat harus dilindungi dan dijaga dengan baik kerana mengandungi maklumat yang boleh memberitahu guru mengenai persekitaran setiap anak muridnya. Rekod yang ingin dibuat juga perlu dibuat dengan rapi dan sistematik kerana sistem rekod murid yang baik akan dapat membantu guru untuk merancang sistem pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan efisien. Namun, sebelum membuat rekod murid, seseorang guru harus menjalankan pentaksiran mengenai persekitaran seseorang murid yang merangkumi aspek persekitaran, perkembangan, kemajuan, kesihatan dan tingkah laku melalui beberapa kaedah yang sesuai. Antara kaedah yang boleh dijalankan untuk membuat pengurusan rekod pelajar iaitu dengan menggunakan kemudahan teknologi yang semakin berkembang sekarang ini. Jadi, segala pengurusan rekod yang dilakukan dapat dibuat dengan lebih sistematik. Pengurusan rekod murid yang baik dapat membantu seseorang guru mencapai objektif yang telah dibina melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Maklumat dalam rekod perlu dikemas kini untuk memudahkan guru membuat rujukan tentang pembelajaran murid. Selain itu, rekod ini juga melibatkan rekod kerja di dalam kelas serta markah dan kemajuan yang dicapai oleh setiap pelajar. Catatan khas berkenaan kerja rumah haruslah dibuat dan diletakkan bersama rekod kerja kelas. Guru dapat menentukan kadar pengajaran berdasarkan rekod kemajuan kelas dan individu yang tepat dan jelas. Rekod ini juga dapat membantu guru menyedari perlunya bahan tambahan ataupun bahan lain dengan cepat. Liputan setiap topik dalam sukatan boleh disemak dengan mengumpul dan sentiasa merujuk rekod kerja. Jika perlu, boleh diperluas sehingga mencapai keputusan yang memuaskan.
Kehadiran pelajar direkodkan di dalam buku daftar kehadiran. Catatan boleh dilakukan sama ada sekali sehari, pagi dan petang ataupun pada setiap pelajaran. Tunggu seketika sebelum merekodkan kehadiran pelajar supaya pembetulan dapat dilakukan apabila ada pelajar yang datang lewat. Kadangkala rekod kehadiran pelajar diambil kira bagi penganugerahan sijil kelayakan. Jadi, rekod kehadiran juga merupakan salah satu rekod yang penting untuk dilakukan secara tepat dan betul.
Manakala dalam buku Rekod Mengajar guru haruslah mempunyai perkara-perkara seperti Salinan Jadual Waktu Persendirian, termasuk analisis mata pelajarannya. Selain itu, terdapat juga Salinan Sukatan Pelajaran bagi mata pelajarannya yang diajarnya. Salinan kertas soalan peperiksaan dan keputusan peperiksaan, termasuk ujian bulanan bagi tiap-tiap kelas yang diajarnya turut dimuatkan selain perancangan pengajaran mengikut tahunan, mingguan dan harian. Buku Rekod Mengajar mesti diisi mengikut perancangan pengajaran harian sebelum masuk ke dalam kelas.

Kesediaan Murid Belajar merupakan keadaan dalam individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru. Apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila peringkat perkembangannya (Brunner, 1966). Manakala Piaget (1966) mengaitkan kesediaan belajar dengan peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. Kesediaan ini berkaitan dengan peringkat perkembangan intelek seperti berfikir, menaakul, menganalisis, mensintesis dan menilai. Merujuk kepada sikap, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Merujuk kepada potensi atau kematangan fizikal dan kesediaan untuk melakukan proses pembelajaran yang baru seperti kesediaan psikomotor,  kesediaan afektif, kesediaan kognitif dan jenis kesediaan belajar. Setiap individu menunjukkan emosi berbeza walau dalam situasi yang sama. Perbezaan yang dapat dihayati melalui pergaulan, interaksi dan aktiviti sosial, cara kehidupan yang berbeza di antara satu individu dengan individu yang lain, falsafah hidup dan keagamaan yang berbeza antara individu.  Strategi implementasi kesediaan belajar seperti gunakan set induksi yang menarik, rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan dan pengetahuan sedia ada, Peringkatkan isi pelajaran mengikut tahap kesediaan belajar murid (mudah ke kompleks), gunakan pelbagai stimulus dalam mengekalkan minat murid dan banyak lagi.



https://www.scribd.com/presentation/396295383/K01459-20181007114628-KPS3014-Bab-5-Pengurusan-Murid

Comments

Popular posts from this blog

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

RUMUSAN : Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan.  Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal dan mewujudkan komunikasi dan interaksi dikalangan pelajar dan guru. Pengurusan bilik darjah juga boleh didefinisikan sebagai set tingkahlaku yang kompleks yang digunakan oleh guru untuk menetapkan, dan memastikan keadaan- keadaan bilik darjah dapat membawa ke pencapaian objektif pengajaran yang berkesan. Menurut Lee Shok Mee (1995), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran. Unsur kebendaan merupakan segala alatan dan kelengkapan yang ada di dalam bilik darjah. Pengurusan dalam aspek ini melibatkan penyusunan kerusi, meja, alatan, ruang pembelajaran, buku dan hiasan dalam bilik darjah...

BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

RUMUSAN: Mengikut Ottoway (1964) di dalam buku yang ditulis oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1985), Sosiologi Pendidikan , sosiologi adalah satu bidang sains kemasyarakatan. Sosiologi pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat .Dalam erti kata lain sosiologi pendidikan melihat kepada pendidikan dari perspektif sosiologi.  Sosiologi ialah sains kemasyarakatan yang termuda. Sosiologi  asal perkataan Latin sosio bermaksud berkongsi. Sosiologi digunakan oleh Auguste Comte di Perancis di dalam karya bertajuk Positive Philosophy (Falsafah Positif) 1842. Auguste Comte berpendapat bahawa sains kemasyarakatan harus berdasarkan autotiti serta spekulasi. Pada tahun 1876, Herbert Spencer di England menerbitkan karya Principles of Sociology ( Prinsip-Prinsip Sosiologi). Karya Herbert Spencer menggunakan teori evolusi kemasyarakatan yang kini sudah tidak diterima lagi. Namun begitu, Herbert Spencer ...

BAB 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

RUMUSAN : Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan khas yang dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Kajian mengenai pengurusan murid pelbagai upaya ini memfokuskan kepada empat topik perbincangan iaitu pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas. Program pemulihan dan pengayaan diwujudkan atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk memastikan murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran mampu untuk belajar sekiranya guru-guru menggunakan kaedah pembelajaran yang sewajarnya. Manakala pelbagai kecerdasan  ialah teori yang diperkenalkan oleh seorang tokoh barat iaitu Howard Gardner. Teori ini membincangkan tentang pelbagai keupayaan yang dimiliki oleh murid yang mempunyai kecerdasan d...