Skip to main content

BAB 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI


RUMUSAN :

Kepemimpinan adalah seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang, mempengaruhi & membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu mempunyai cara dan seni sendiri.

Menurut Robert Kreither, keupayaan mempengaruhi anggota untuk mencapai tujuan organisasi secara sukarela. Pengertian ini menekankan pada kemampuan pemimpin yang tidak memaksa dalam menggerakkan anggota organisasi agar melakukan pekerjaan/kegiatan yang terarah pada tujuan organisasi.

Gaya   kepimpinan   menurut   Thoha   (1995) pula ditakrifkan sebagai perilaku atau cara yang dipilih & dipergunakan pemimpin dalam mempengaruhi fikiran, perasaan, sikap & perilaku orang bawahannya.   Beliau   juga   mengertikan   gaya   kepimpinan   sebagai   perilaku   pemimpin   dalam mempengaruhi   bawahannya   iaitu  kemampuan  pemimpin  untuk  menyatakan  sesuatu  hal dengan  gaya  kepimpinan  tertentu.

Gaya kepimpinan terbahagi kepada empat iaitu autokratik, demokratik, laisses-faire dan kontigensi.
Gaya kepimpinan jenis autokratik adalah lebih mengutamakan kepada kehendak kerja & menyelesaikan tugas. Pemimpin jenis ini akan menggesa orang bawahannya untuk menyempurnakan tugasan mengikut arahan yang dia telah berikan. Tiada hubungan atau komunikasi yang mesra terjalin antara pemimpin dengan orang bawahan kerana perbincangan hanya menumpukan terhadap tugasan yang diberikan. Apabila perbincangan, kebanyakan pendapat orang lain tidak diterima dan dia hanya inginkan pendapatnya sahaja diterima. Pemimpin jenis ini biasanya suka mengongkong, pemarah, tegas & sombong namun hasil tugasannya lebih teliti dan sempurna.

Gaya kepimpinan demokratik adalah gaya yang paling berkesan daripada gaya kepimpinan yang lain. Kepimpinan jenis ini bersifat lebih terbuka dan amat disenangi oleh orang di bawah pimpinannya. Apabila membuat perbincangan, pemimpin akan mengajak ahli-ahli lain dan mendengar setiap idea dan pendapat daripada mereka. Pemimpin mampu menerima kritikan dan pendapat daripada orang bawahan dengan hati yang terbuka. Dia akan berusaha memperbaiki kelemahan diri agar disenangi orang bawahan. Pemimpin lebih bersikap matang dan hubungan dengan orang di bawah pimpinannya adalah rapat kerana pemimpin ini mementingkan hubungan sesama ahli.

Kepimpinan bercorak laisses-faire yang melibatkan pemimpin yang sedikit sekali menggunakan kuasanya dan memberi orang bawahannya sepenuh kebebasan untuk mengendalikan kerja mereka. Pemimpin  sedemikian  biasanya  memberi  kebebasan kepada  pekerja  untuk  menentukan matlamat  mereka  tersendiri  serta  cara-cara  mencapainya.  Pemimpin seperti ini amat yakin dengan orang yang dipimpinnya dan tidak memimpin mereka dalam melakukan tugas. (Jaafar, Hizam dan Zafir, 2000).

Kaedah kepimpinan kontigensi memusatkan perhatiannya pada hukum situasi (Law of The Situation). Presthus dan Marry Parker menyatakan bahawa teori kontigensi kepimpinan adalah di mana gaya kepimpinan adalah berdasarkan situasi. Situasi berbeza ditangani dengan gaya kepimpinan yang tersendiri. Penerapan gaya kepimpinan yang bervariasi dalam menghadapi pelbagai situasi akan menjadikan kepimpinan lebih efektif.


https://www.scribd.com/presentation/396295363/K01459-20181007121841-KPS3014-Bab-4-Kepimpinan-Dan-Organisasi

Comments