RUMUSAN :
Proses
pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu bilik darjah dipengaruhi oleh
pengurusan yang berkesan. Guru haruslah bersikap positif dan memberi perhatian
kepada pengurusan bilik darjah yang dapat membantu pelajar menerima pelajaran
secara berkesan. Asas dalam kejayaan pengurusan bilik darjah adalah dari segi
hubungan antara pelajar dan guru serta hubungan sesama pelajar yang positif,
saling membantu antara satu sama lain. Pelajar biasanya berusaha untuk
bekerjasama dan menggembirakan guru yang mereka suka. Peranan dan sikap guru
amatlah penting dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang optimum. Guru juga
haruslah peka kepada perubahan tingkah laku pelajar yang mungkin mencetuskan
ketidakfahaman sesama sendiri. Perhubungan mesra antara guru dan pelajar hanya
dapat dibina jika pelajar berasa gurunya bersikap adil, saling mempercayai dan
mengambil berat antara satu sama lain.
Menurut
Abdullah Sani (2006), kecekapan pengurusan bilik darjah seseorang guru berkait
rapat dengan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan
bilik darjah merupakan sebahagian dari proses pengajaran dan pembelajaran
bertujuan untuk membina serta memupuk tingkah laku pelajar dalam bilik darjah
agar proses pengajaran dapat dilaksanakan dengan lancar, manakala aktiviti
penyampaian ilmu bertujuan pelajar dapat mencapai objektif spesifik sesuatu
pembelajaran. Suasana pembelajaran yang berkesan tidak mungkin terbina dengan
hanya memberi tumpuan kepada proses penyampaian isi pengajaran guru sahaja. Ia
turut melibatkan aspek pengurusan bilik darjah serta tingkah laku pelajar.
Aspek
pengurusan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengajaran dan
pengurusan adalah penting dan saling berkait. Ia melibatkan perancangan guru
dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dapat mencapai
matlamat dan objektif yang ditetapkan. Peningkatan profesionalisme guru di
dalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran,
kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam
bilik darjah dan yang berkaitan dengannya. Bagi mencapai kecekapan dalam
pengurusan pengajaran dan pembelajaran, maka perlukan kebijaksanaan dan
penelitian dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi.
Merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, bahan rujukan tambahan sama ada
dari buku-buku yang terdapat di kedai-kedai buku atau boleh juga diakses
melalui internet. Bagi mendapatkan pengajaran yang berkesan, seseorang guru
perlu menyampaikan pengajarannya mengkiut prinsip-prinsip yang tertentu.
Comments
Post a Comment