Skip to main content

BAB 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN


RUMUSAN:

Terdapat beberapa jenis interaksi bilik darjah. Antaranya ialah interaksi sehala, interaksi dua hala dan interaksi kumpulan.

Bagi interaksi sehala, pelajar dipaksa untuk menerima apa sahaja ilmu pengetahuan yang diberikan oleh guru. Guru jenis ini mengamalkan pendekatan autoritarian, pelajar tiada kuasa untuk berinteraksi dengan pelajar lain.

Bagi interaksi dua hala pula, ia menjadi dua hala bila guru bertanya pelajar menjawab atau pelajar bertanya guru menjawab. Selain itu, semasa interaksi dua hala ini tiada sesi interaksi antara pelajar dengan pelajar. Interaksi pasif seperti ini membuatkan pelajar menjadi bosan dan rimas apabila perlu memasukkan terlalu banyak fakta ke dalam minda mereka.

Bagi interaksi kumpulan atau pelbagai hala pula, bertujuan untuk menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam PdP. Kerja berkumpulan diwujudkan supaya pelajar dapat berinteraksi dengan sesama mereka dalam perbincangan. Guru hanya menjadi pemudahcara. Interaksi sebegini mampu memupuk nilai positif seperti bekerjasama, menghormati, toleransi dan perpaduan. Dalam keadaan ini, pelajar yang takut, malu dengan kehadiran guru boleh dan mampu berinteraksi dengan aktif  dengan rakan lain. Sesi sumbang saran sebegini mampu menjana idea yang berkualiti daripada pelajar.

Kepentingan interaksi dalam pembelajaran ialah membolehkan guru memotivasikan murid supaya menimbulkan minat dan perhatian mereka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti-aktiviti seperti soal jawab dapat menggerakkan murid untuk berfikir seterusnya guru dapat melaksanakan rancangan mengajarnya mengikut objektif pelajaran yang ditentukan. Selain itu, dapat mengeratkan perhubungan guru dengan murid dalam bilik darjah dan seterusnya penyampaian pelajaran yang berkesan akibat hunungan yang mesra. Pertukaran maklumat atau idea memerlukan interaksi dua hala serta aktiviti kumpulan hanya dapat dijalankan melalui interaksi di antara murid dalam kumpulan.


https://www.scribd.com/presentation/396295052/K01459-20180927090801-MyGuru-KPS3014-Bab-2-Interaksi-Dan-Pembelajaran

Comments

Popular posts from this blog

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

RUMUSAN : Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan.  Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal dan mewujudkan komunikasi dan interaksi dikalangan pelajar dan guru. Pengurusan bilik darjah juga boleh didefinisikan sebagai set tingkahlaku yang kompleks yang digunakan oleh guru untuk menetapkan, dan memastikan keadaan- keadaan bilik darjah dapat membawa ke pencapaian objektif pengajaran yang berkesan. Menurut Lee Shok Mee (1995), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran. Unsur kebendaan merupakan segala alatan dan kelengkapan yang ada di dalam bilik darjah. Pengurusan dalam aspek ini melibatkan penyusunan kerusi, meja, alatan, ruang pembelajaran, buku dan hiasan dalam bilik darjah...

BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

RUMUSAN: Mengikut Ottoway (1964) di dalam buku yang ditulis oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1985), Sosiologi Pendidikan , sosiologi adalah satu bidang sains kemasyarakatan. Sosiologi pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat .Dalam erti kata lain sosiologi pendidikan melihat kepada pendidikan dari perspektif sosiologi.  Sosiologi ialah sains kemasyarakatan yang termuda. Sosiologi  asal perkataan Latin sosio bermaksud berkongsi. Sosiologi digunakan oleh Auguste Comte di Perancis di dalam karya bertajuk Positive Philosophy (Falsafah Positif) 1842. Auguste Comte berpendapat bahawa sains kemasyarakatan harus berdasarkan autotiti serta spekulasi. Pada tahun 1876, Herbert Spencer di England menerbitkan karya Principles of Sociology ( Prinsip-Prinsip Sosiologi). Karya Herbert Spencer menggunakan teori evolusi kemasyarakatan yang kini sudah tidak diterima lagi. Namun begitu, Herbert Spencer ...

BAB 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

RUMUSAN : Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan khas yang dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Kajian mengenai pengurusan murid pelbagai upaya ini memfokuskan kepada empat topik perbincangan iaitu pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas. Program pemulihan dan pengayaan diwujudkan atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk memastikan murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran mampu untuk belajar sekiranya guru-guru menggunakan kaedah pembelajaran yang sewajarnya. Manakala pelbagai kecerdasan  ialah teori yang diperkenalkan oleh seorang tokoh barat iaitu Howard Gardner. Teori ini membincangkan tentang pelbagai keupayaan yang dimiliki oleh murid yang mempunyai kecerdasan d...