Skip to main content

BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


RUMUSAN :

Sekolah merupakan pusat penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan. Persekitaran sekolah adalah kawasan disekeliling sesuatu tempat membawa maksud masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Sekolah berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat actor bagi melahirkan manusia yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang bersahsiah baik serta memahami tanggungjawabnya selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sekolah ialah sebuah institusi yang memberi pendidikan formal dan informal kepada pelajar sebagai persediaan untuk mereka menempuh alam pekerjaan kelak. Persekitaran dalam konteks kajian ini membawa maksud kawasan sekitar yang terdapat berdekatan sekolah tersebut. Sebagaimana pentingnya iklim sekolah yang harmoni, persekitaran sekolah juga berperanan membangkitkan semangat motivasi pelajar.

Pada amnya, iklim dan persekitaran sekolah akan membawa pengaruh yang penting terhadap pembentukan tingkah laku, imej mental, aspirasi dan interaksi sosial bagi anggotaanggota di dalamnya (Abdullah Sani bin Yahya, 2007). Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa sekolah yang berpencapaiaan tinggi mempunyai tahap keceriaan yang lebih baik berbanding sekolah yang persekitarannya kurang ceria (Mohd Redzauddin bin Ismail, 2008). Oleh hal yang demikian, suasana dan iklim sekolah adalah amat penting dalam membantu pelajar untuk belajar dengan tenteram dan selesa. 

Selain itu, apabila kawasan persekitaran sekolah yang cantik dan ceria, pelajar tidak akan jemu untuk hadir ke sekolah lagi kerana merasa bahagia berada di kawasan sekolah. Hal ini bukan sahaja dapat mengelakkan masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar malah masalah disiplin pelajar dapat dikurangkan kerana emosi pelajar tidak terganggu. Dalam masa yang sama, sesebuah sekolah yang cantik dan menarik pasti akan mendapat pujian daripada pelbagai pihak terutamanya ibu bapa pelajar yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Mereka akan bertambah yakin dengan pihak pentadbiran sekolah yang mampu mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi membantu proses pembelajaran anak-anak mereka. 

Memahami bagaimana persekitaran sekolah mampu meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum merupakan actor penting dalam membantu pihak pentadbir dan guru di sekolah, pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Negeri, seterusnya pihak tertentu di Kementerian Pelajaran Malaysia. Persekitaran sekolah perlu diberi perhatian dari beberapa aspek seperti sokongan pelajar dan sokongan guru-guru, kepentingan professional guru, kebebasan guru-guru dan penyertaan guru-guru dalam membuat keputusan bersama, guru dan pihak sekolah yang berinovasi, sumber atau kemudahan yang mencukupi, dan kurangnya tekanan kerja berkiatan kokurikulum. Kesimpulannya, persekitaran sekolah mampu memberi kesan kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Semua pihak perlu berusaha memperbaiki dan mempertingkatkan persekitaran sekolah supaya dapat mempengaruhi penglibatan pelajar dalam kokurikulum.


Comments

Popular posts from this blog

BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

RUMUSAN: Mengikut Ottoway (1964) di dalam buku yang ditulis oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1985), Sosiologi Pendidikan , sosiologi adalah satu bidang sains kemasyarakatan. Sosiologi pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat .Dalam erti kata lain sosiologi pendidikan melihat kepada pendidikan dari perspektif sosiologi.  Sosiologi ialah sains kemasyarakatan yang termuda. Sosiologi  asal perkataan Latin sosio bermaksud berkongsi. Sosiologi digunakan oleh Auguste Comte di Perancis di dalam karya bertajuk Positive Philosophy (Falsafah Positif) 1842. Auguste Comte berpendapat bahawa sains kemasyarakatan harus berdasarkan autotiti serta spekulasi. Pada tahun 1876, Herbert Spencer di England menerbitkan karya Principles of Sociology ( Prinsip-Prinsip Sosiologi). Karya Herbert Spencer menggunakan teori evolusi kemasyarakatan yang kini sudah tidak diterima lagi. Namun begitu, Herbert Spencer ...

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

RUMUSAN : Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan.  Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal dan mewujudkan komunikasi dan interaksi dikalangan pelajar dan guru. Pengurusan bilik darjah juga boleh didefinisikan sebagai set tingkahlaku yang kompleks yang digunakan oleh guru untuk menetapkan, dan memastikan keadaan- keadaan bilik darjah dapat membawa ke pencapaian objektif pengajaran yang berkesan. Menurut Lee Shok Mee (1995), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran. Unsur kebendaan merupakan segala alatan dan kelengkapan yang ada di dalam bilik darjah. Pengurusan dalam aspek ini melibatkan penyusunan kerusi, meja, alatan, ruang pembelajaran, buku dan hiasan dalam bilik darjah...

BAB 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

RUMUSAN : Definisi pengurusan tingkah laku dan disiplin, “Nasihat yang diberikan merupakan kaedah menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Kaedah ini merupakan satu cara yang mudah untuk mengelakkan diri daripada memahami, memeriksa, dan menjelajah masalah yang dihadapi” (Zuraidah, 1994). Manakala menurut Othman Mohamed (2000) pula, bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. K ompenen pengurusan penasihatan murid terbahagi kepada tiga iaitu b imbingan , p enasihatan dan m entoring. Konsep bimbingan ialah bantuan sese orang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu dari setiap peringkat usia. Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri (Crow & Crow 1960). Satu proses menolong individu...