Skip to main content

BAB 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


RUMUSAN :

Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia, “pengurusan” terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “budaya” ialah tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya). Budaya juga bermaksud suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Manakala menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying et al, budaya dimaksudkan sebagai cara hidup manusia dari segi pemikiran, kepercayaan dan perlakuan dalam sesuatu masyarakat yang diterima oleh ahli atau anggotanya serta diwarisi secara turun-temurun. Dengan itu,  konsep kepelbagaian budaya murid adalah konsep pendidikan  yang  memberi peluang  pendidikan  kepada semua  murid yang  berbeza  daripada aspek  etnik,  keturunan,  bahasa, adat  resam  dan budaya untuk  mendapat pendidikan  yang  adil dan sama  rata  dan berinteraksi  serta  memahami  setiap  rakan  dalam  bilik darjah  dengan baik.

Kesimpulannya, kepelbagaian budaya (multicultural) yang wujud dalam kehidupan manusia adalah suatu hakikat yang perlu diterima dan difahami dengan sebaik-baiknya oleh setiap individu termasuklah dalam kalangan pelajar. Kepelbagaian dari sudut etnik, agama, bahasa, gender, status ekonomi dan keupayaan fizikal dan mental perlu diketengahkan terutamanya menerusi proses pendidikan pelbagai budaya (PPB). Penerapan PPB dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi membentuk masyarakat majmuk yang bersatu padu dan mampu hidup harmoni. Menerusi isi pelajaran dan teknik pedagogi dan pendedahan yang kreatif oleh kalangan guru dan pentadbir sekolah, matlamat akhir untuk mencapai hasrat dasar pendidikan negara akan boleh direalisasikan.


https://www.scribd.com/presentation/396295382/K01459-20181030143449-KPS3014-Pengurusan-Pelbagai-Budaya

Comments

Popular posts from this blog

BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

RUMUSAN: Mengikut Ottoway (1964) di dalam buku yang ditulis oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1985), Sosiologi Pendidikan , sosiologi adalah satu bidang sains kemasyarakatan. Sosiologi pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat .Dalam erti kata lain sosiologi pendidikan melihat kepada pendidikan dari perspektif sosiologi.  Sosiologi ialah sains kemasyarakatan yang termuda. Sosiologi  asal perkataan Latin sosio bermaksud berkongsi. Sosiologi digunakan oleh Auguste Comte di Perancis di dalam karya bertajuk Positive Philosophy (Falsafah Positif) 1842. Auguste Comte berpendapat bahawa sains kemasyarakatan harus berdasarkan autotiti serta spekulasi. Pada tahun 1876, Herbert Spencer di England menerbitkan karya Principles of Sociology ( Prinsip-Prinsip Sosiologi). Karya Herbert Spencer menggunakan teori evolusi kemasyarakatan yang kini sudah tidak diterima lagi. Namun begitu, Herbert Spencer ...

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

RUMUSAN : Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan.  Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal dan mewujudkan komunikasi dan interaksi dikalangan pelajar dan guru. Pengurusan bilik darjah juga boleh didefinisikan sebagai set tingkahlaku yang kompleks yang digunakan oleh guru untuk menetapkan, dan memastikan keadaan- keadaan bilik darjah dapat membawa ke pencapaian objektif pengajaran yang berkesan. Menurut Lee Shok Mee (1995), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran. Unsur kebendaan merupakan segala alatan dan kelengkapan yang ada di dalam bilik darjah. Pengurusan dalam aspek ini melibatkan penyusunan kerusi, meja, alatan, ruang pembelajaran, buku dan hiasan dalam bilik darjah...

BAB 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

RUMUSAN : Definisi pengurusan tingkah laku dan disiplin, “Nasihat yang diberikan merupakan kaedah menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Kaedah ini merupakan satu cara yang mudah untuk mengelakkan diri daripada memahami, memeriksa, dan menjelajah masalah yang dihadapi” (Zuraidah, 1994). Manakala menurut Othman Mohamed (2000) pula, bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. K ompenen pengurusan penasihatan murid terbahagi kepada tiga iaitu b imbingan , p enasihatan dan m entoring. Konsep bimbingan ialah bantuan sese orang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu dari setiap peringkat usia. Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri (Crow & Crow 1960). Satu proses menolong individu...